BERITA SEMASA

‘Abang dah tak ada’ – Pramugara Amal MAS, Hafeez Al-Bukhary meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pramugara Malaysia Airlines (MAS), Hafeez Al-Bukhary yang sering berkongsi video menyantuni jemaah haji dan umrah dilaporkan sudah meninggal dunia.

Allahyarham yang berusia 42 tahun dipercayai menderita kanser usus, menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Perak.

Berita duka itu dikongsikan adik lelakinya menerusi hantaran ringkas di Threads.

“Abang dah tak ada,” tulisnya.

Turut berkongsi berita duka itu adalah penyanyi Zarul Umbrella yang juga bekas pramugara MAS.

“Selamat jalan sahabat, semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohmu menempatkanmu dalam kalangan hamba-Nya yg beriman. Al Fatihah,” tulisnya.

kanser
Keadaan Hafeez ketika menyantuni jemaah haji baru-baru ini (gambar kiri) dan sewaktu menerima rawatan di hospital (gambar kanan). – Foto Media Sosial

Terdahulu, media melaporkan Hafeez Al-Bukhary atau nama sebenarnya Hafiz Bukhari Zulkefly berada dalam keadaan kritikal dan sudah dibawa pulang ke kampung halamannya di Perak.

Pada 22 Jun lalu, Allahyaryam menerusi satu hantaran di Threads berkongsi perkembangannya yang menjalani rawatan di hospital dan tidak boleh menerima sebarang lawatan.

Sebaliknya, hanya keluarga terdekat saja yang dibenarkan melawat namun keadaannya stabil tetapi sedikit lemah pada waktu itu.

Meninjau di media sosial hari ini, ramai yang menitipkan doa buat arwah bukan sahaja ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan tetapi juga netizen yang sering mengikutinya di media sosial.

Ramai terkesan dengan derita ditanggung Allahyarham kerana menyenangi sikapnya yang berbudi bahasa dan mesra terutama dalam menyantuni jemaah haji dan umrah yang menaiki pesawat ke Tanah Suci.

Dua tahun lalu, kisah Hafeez Al-Bukhary pernah tular kerana berjalan dengan mendukung bapanya, Zulkefly Abd Wahid, 73, yang lumpuh akibat diserang angin ahmar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button