LUAR NEGARA

Puteri Thailand mangkat selepas lebih tiga tahun koma

BANGKOK – Puteri Thailand, Puteri Bajrakitiyabha mangkat malam tadi selepas berada dalam keadaan koma selama lebih tiga tahun, menurut pengumuman rasmi yang dikeluarkan Istana Diraja Thailand.

Memetik laporan BBC News, puteri berkenaan mengalami masalah kesihatan serius selepas rebah ketika bersenam bersama anjing peliharaannya pada Disember 2022.

Pasukan perubatan sebelum ini memaklumkan keadaan itu berpunca daripada gangguan degupan jantung yang serius susulan jangkitan mycoplasma yang menjejaskan fungsi jantung.

puteri
Puteri Bajrakitiyabha (kiri) dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak rebah ketika sesi latihan anjing tentera pada Disember 2022.

Pemergian Puteri Bajrakitiyabha disifatkan sebagai kehilangan besar kepada institusi diraja Thailand memandangkan beliau merupakan antara anggota keluarga diraja yang berpengaruh serta sering dilihat berpotensi memainkan peranan penting dalam landskap pewarisan takhta negara itu.

BACA JUGA:

Puteri Thailand kritikal, bergantung mesin sokongan hayat sejak 2022

Puteri Bajrakitiyabha ialah anak sulung kepada Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn.

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1978 hasil perkahwinan pertama baginda dengan Puteri Soamsawali.

Sepanjang hayatnya, Puteri Bajrakitiyabha dikenali aktif dalam pelbagai bidang termasuk perundangan, diplomasi serta kerja-kerja kebajikan di peringkat domestik dan antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button