SUKAN

Zi Yu-Genevie beregu wanita pertama Malaysia juara dunia remaja

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Low Zi Yu-Genevie Lim melakar sejarah apabila menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung acara itu pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir, semalam.

Pada aksi final di Stadium Antarabangsa Kaherah, pasangan pilihan kedua kejohanan itu menewaskan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio dalam pertarungan tiga set 15-7, 9-15, 15-12.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Zi Yu-Genevie muncul beregu wanita pertama negara bergelar juara dunia remaja sejak acara itu mula dipertandingkan pada 1992, yang sebelum ini banyak didominasi wakil China.

Zi Yu-Genevie mara ke final selepas menundukkan pasangan pilihan ke-15 dari China, Shi Si Chen-Xiang Yu Jin 15-9, 15-11 dalam aksi separuh akhir semalam yang berlangsung selama 32 minit. – BERNAMA

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button