Badi empat kekalahan lebur, beregu campuran negara ke final Masters China
KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akhirnya berjaya menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut kepada gandingan nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping apabila menundukkan lawan itu untuk mara ke final Masters China.
Pada aksi separuh akhir di Shenzhen Arena, hari ini, pasangan ranking kedua dunia itu bangkit penuh bergaya selepas tewas di set pertama sebelum mencatat kemenangan 22-24, 21-19, 21-17.
Pasangan terbabit mempamerkan semangat juang tinggi untuk kembali mengawal permainan, terutama di penghujung set kedua, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Mereka terus mengekalkan rentak kecemerlangan dengan menjarakkan mata daripada lawan sehingga berjaya menutup permainan dengan kemenangan mutlak yang turut mendiamkan penyokong tuan rumah.
Kali terakhir beregu negara itu menumbangkan Feng-Huang ialah ketika Sukan Olimpik Paris tahun lalu, menjadikan kemenangan kali ini cukup bermakna menjelang aksi final menentang wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















