Menjelang Olimpik: Jurulatih China kritik kemampuan Lee Zii Jia
KUALA LUMPUR – Jurulatih badminton China, Sun Jun, mencetuskan kontroversi menjelang kempen Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan meremehkan keupayaan perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Jurulatih itu mendedahkan kelemahan utama pemain kelahiran Kedah itu adalah dalam aspek mental sebaik ketinggalan di belakang, memetik laporan Astro Awani.
Malah, dia meragui tahap kesungguhan Zii Jia dan secara tidak langsung meremehkannya yang sedang dalam misi merebut pingat emas pertama temasya di Perancis itu yang bermula hujung minggu ini.
Pandangan jurulatih negara Tembok Besar itu diluahkan semasa Piala Thomas, sebelum disiarkan menerusi satu dokumentari yang disiarkan oleh stesen penyiaran China, CCTV.
Namun berdasarkan kejohanan terakhir, Zii Jia menunjukkan perkembangan memberangsangkan ketika beraksi di Masters Thailand dan Terbuka Australia selain muncul naib juara Masters Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















