SUKANBERITA SEMASA

Zii Jia mara ke perlawanan akhir Terbuka Thailand

BANGKOK – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menewaskan Chou Tien Chen dari Chinese Taipei di pusingan separuh akhir Badminton Terbuka Thailand sebentar tadi.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 18-21, 21-12, 21-13 untuk melangkah ke pusingan akhir pertama beliau di tahun 2024.

Beliau yang juga bergelut untuk menewaskan lawannya apabila ketinggalan set pertama, kemudian bangkit untuk menang dua set berturut-turut.

Pada set penentuan menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pemain pada awalnya, tetapi Zii Jia mula mempamerkan dominasinya, memastikan kemenangan 21-13 selama 66 minit.

Zii jia akan menentang Ng Ka Long Angus wakil daripada pemain perseorangan dari Hongkong di pusingan akhir esok.

Pusingan akhir esok memberikan harapan besar kepada peminat badminton Malaysia yang mengharapkan Zii Jia untuk membawa pulang gelaran juara setelah kemarau yang agak lama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button