Zii Jia bermula langkah kanan di Terbuka AS
KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan pada pusingan pertama, hari ini.
Pemain pilihan negara itu menundukkan wakil Vietnam, Nguyen Hai Dang 21-15, 21-17 dalam aksi yang berlangsung di Titan Gymnasium, California State University, Fullerton.
Perlawanan tersebut menyaksikan Zii Jia yang kini berada di ranking dunia perlu beraksi selama 40 minit sebelum mengesahkan kemenangan straight set ke atas pemain di ranking ke-32 dunia itu.
Kemenangan berkenaan membolehkan pemain berusia 29 tahun itu melangkah ke pusingan kedua, sekali gus terus menghidupkan peluang untuk memburu gelaran di kejohanan tersebut.
Zii Jia dijadualkan menentang sama ada bekas pemain nombor satu dunia dari India, Kidambi Srikanth atau rakan senegara, Saneeth Dayanand.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Cheam June Wei turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Taiwan, Ting Yen-chen 21-18, 21-18.
June Wei bakal membuat perhitungan dengan pemain Israel, Misha Zilberman bagi merebut tempat ke suku akhir kejohanan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








