Malaysia kekal komited dalam Misi UNIFIL, Panglima ATM saksi serah terima tugas MALBATT 850
KUALA LUMPUR – Malaysia komited terhadap misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) mengukuhkan keyakinan rakan antarabangsa terhadap profesionalisme Malaysia dalam menegakkan keamanan dan kestabilan di Selatan Lubnan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, ATM sentiasa mengekalkan disiplin dan profesionalisme pada tahap tertinggi.
“Kesinambungan operasi bukan sahaja keperluan taktikal, tetapi juga cerminan tanggungjawab Malaysia dalam mempertahankan keamanan sejagat,” katanya setelah menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Komander MALBATT 850 di Kem Marakah, Selatan Lubnan, semalam.
Upacara itu menandakan peralihan tanggungjawab antara MALBATT 850-12 dan MALBATT 850-13 bagi memastikan kelangsungan operasi di sektor seliaan Malaysia.
Turut hadir Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Muhammad Haszaimi Bol Hassan, bagi menyaksikan penyerahan Nota Serah Terima Tugas, Tongkat Kuasa dan Pennant MALBATT.
Kehadiran kedua-dua panglima buat kali kedua dalam upacara seumpama itu turut mengukuhkan keyakinan rakan antarabangsa terhadap profesionalisme dan komitmen Malaysia serta Brunei dalam menegakkan keamanan dan kestabilan di Selatan Lubnan.
Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh, dianugerahkan Lebanese Silver Military Valour Medal oleh wakil Komander Sektor Litani Selatan, Brigedier Jeneral Suheil Wazni, sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinan dan dedikasinya sepanjang penugasan.
Upacara tersebut turut dihadiri Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zahani Zainal Abidin TUDM, serta Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kolonel Pengiran Noor Rumaizi Pengiran Othman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








