Jejajah Dunia BWF: Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong
KUALA LUMPUR – Selepas kali terakhir menjuarai Jejajah Dunia BWF dua tahun lalu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah membuat kejutan apabila muncul juara Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.
Turun selaku pilihan pilihan ketiga kejohanan, pasangan negara terbabit mempamerkan permainan luar biasa apabila berjaya menundukkan beregu dari China dengan keputusan 21-14, 21-14.
Pasangan negara itu hanya memerlukan 37 minit untuk menundukkan Liu Sheng Shu-Tan Ning yang kini menduduki ranking ketiga dunia itu.
Dalam aksi di Hong Kong Coliseum itu, permainan bertenaga yang ditonjolkan Pearly-Thinaah berjaya memberi tekanan kepada lawannya yang kerap melakukan kesilapan mudah.
Walaupun rekod pertemuan kedua-dua beregu tidak memihak Pearly-Thinaah dengan 2-4, namun ia tidak mematahkan semangat beregu negara untuk memenangi perlawanan hari ini.
Untuk rekod, kali terakhir gandingan beregu wanita utama negara ini meraih gelaran di Jelajah Dunia adalah di Terbuka Perancis pada Oktober 2022.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








