JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan bapa, disyaki lakukan amang seksual terhadap anak sendiri

SETIU – Seorang bapa ditahan pihak polis bagi membantu siasatan selepas disyaki melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di kediaman mereka di daerah ini, sejak 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri bin Mohd Zain berkata, kegiatan terkutuk suspek terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis pada 15 Jun pada pukul 3.54 petang.

Menurut mangsa, semasa hari kejadian pada pukul 12 tengah hari, apabila dia dipanggil masuk ke dalam bilik tidur bapanya sebelum suspek melakukan perbuatan seksual.

“Suspek juga sempat berpesan kepada mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut. Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kemurungan dan trauma yang teruk.

“Siasatan mendapati bapa mangsa telah melakukan perbuatan terkutuk ini terhadap mangsa sejak mangsa berumur enam tahun lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu telah membuat tangkapan terhadap suspek pada 20 Jun lalu, pada pukul 6 petang bagi siasatan lanjut.

Zahril Asri berkata, permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di hadapan Majistret Setiu pada 21 Jun lalu di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Majistret telah membenarkan perintah reman selama tujuh hari bermula 21 Jun sehingga 27 Jun ini bagi melengkapkan siasatan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button