BERITA SEMASASUKAN

All England: Adam Adli akui terkejut pemain sandaran negara tersingkir

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli mengakui terkejut selepas beberapa pemain sandaran negara ditunjukkan jalan keluar pada Kejohanan Badminton All England.

Walau bagaimanapun, Adam berkata, fokus kini tertumpu kepada kepada baki pemain negara yang masih berjuang untuk pusingan seterusnya.

“Ianya sesuatu yang mengejutkan tentu sekali kita tidak senang dengan berita tersebut, namun kita harus terima dan fokus kepada wakil-wakil yang masih terus berjuang.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan terus beri sokongan kepada wakil negara yang masih berjuang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.

Terdahulu, perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dan beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menelan hakikat cukup perit apabila gagal melayakkan diri ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham awal pagi tadi, Zii Jia dikejutkan dengan kekalahan tiga set 21-19, 16-21, 12-21 kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long.

Zii Jia yang berehat panjang sebelum ini akibat kecederaan memulakan permainan dengan langkah kanan apabila menang set pertama, namun gagal mengekalkan rentak konsisten dalam dua set berikutnya.

Sementara itu, dalam kategori beregu lelaki menyaksikan dua lagi pasangan negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terkandas di pusingan pertama, selepas tewas pada lawan masing- masing.

Aaron-Wooi Yik tewas mengejut kepada gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 16-21, 21-16, 21- 18, manakala Yew Sin-Ee Yi akur tumpas kepada pasangan tuan rumah Ben Lane-Sean Vendy 21-18, 21-19.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button