SUKAN

Kerteh FC jalin kerjasama strategik dengan Hakka.clo

KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak, Kerteh FC melantik Hakka.clo sebagai rakan strategik rasmi kelab itu bagi musim 2025 hingga 2027.

Menurut wakil Pemasaran dan Komersial Kerteh FC, Muhammad Yunus Zakariah, di bawah kerjasama itu, Hakka.clo akan membekalkan pakaian rasmi perlawanan dan pasukan untuk semua skuad Kerteh FC.

Katanya, ia merangkumi peringkat pembangunan seawal bawah enam tahun (U6) sehingga ke pasukan utama.

Kerteh FC jalin kerjasama strategik dengan Hakka.clo
Kertih FC X Hakka.clo

“Pemilihan Hakka Clo sebagai rakan strategik mencerminkan komitmen kelab dalam memperkukuh identiti korporat serta memperluaskan jalinan kerjasama dengan jenama tempatan yang berkualiti dan berwawasan.

“Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik yang bukan sahaja memenuhi keperluan teknikal skuad kami, malah memperkukuhkan usaha membina jenama Kerteh FC secara menyeluruh.

Kami percaya nilai dan aspirasi Hakka Clo sejajar dengan visi kelab untuk jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerteh FC jalin kerjasama strategik dengan Hakka.clo
Kertih FC

Sementara itu Pengurus Pemasaran, Hakka Clo, Hafiz, menzahirkan komitmen terhadap kerjasama itu.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kerteh FC, sebuah kelab yang progresif dan berakar dalam komuniti.

“Kami berharap rekaan dan solusi kami dapat menyumbang kepada prestasi dan penampilan profesional kelab di dalam dan luar padang.

“Kerjasama ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam agenda pembangunan Kerteh FC, sambil terus memperkukuh keterlibatan dengan komuniti serta memperluaskan capaian jenama ke peringkat nasional,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button