BERITA SEMASA

Kenang jasa P. Ramlee, kerajaan perhebat usaha pelihara khazanah seni negara

PULAU PINANG – Penganjuran Minggu Kenangan P. Ramlee 2026 bertemakan “Sepanjang Riwayatku” serta Sambutan 100 Tahun Rumah Kelahiran P. Ramlee mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperhebat pemeliharaan khazanah seni dan warisan negara.

tun ramli ngah talib
Tun Ramli Ngah Talib menandatangai plak di majlis

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia itu turut menjadi platform bagi mengangkat semula sumbangan besar Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang banyak membentuk landskap filem dan muzik tanah air.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penganjuran program berkenaan membuktikan komitmen kerajaan MADANI dalam memastikan warisan seni negara terus dipelihara dan dihargai oleh generasi masa kini.

Menurut beliau, inisiatif seumpama itu bukan sahaja memberi penghormatan kepada tokoh seni negara, malah berperanan penting dalam mendidik generasi muda agar memahami sejarah dan menghargai sumbangan insan seni terdahulu.

“Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memelihara warisan seni negara.

“Pengisian program ini turut mendidik generasi muda agar terus menghargai sejarah, memperkukuh jati diri nasional serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membina negara bangsa,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada program hari ini.

Menurut beliau lagi, usaha memelihara legasi P. Ramlee turut diperkukuh melalui penubuhan dua institusi khas oleh Arkib Negara Malaysia iaitu Rumah Kelahiran P. Ramlee dan Pustaka Peringatan P. Ramlee sebagai pusat rujukan dan pemeliharaan warisan seniman tersebut.

Sepanjang tiga hari penganjuran program itu, pelbagai pengisian diadakan termasuk Bicara Sejarah dan Kenangan Rumah Kelahiran P. Ramlee, Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Tan Sri P. Ramlee, ceramah Seni Dakwah Seniman serta Pameran 100 Lampu yang menampilkan perjalanan hidup dan sumbangan beliau kepada industri seni negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button