BERITA SEMASAPMX

PM mohon maaf tidak hadir majlis penghormatan terakhir Ali Khamenei

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan permohonan maaf kepada Kerajaan Iran kerana tidak dapat menghadiri majlis penghormatan terakhir bekas pemimpin agung republik itu, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi ketika mereka bertemu pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik (ARP) Ke-39, di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham.

“Saya juga menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis penghormatan terakhir Allahyarham berikutan komitmen rasmi yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu diamanahkan untuk mewakili kerajaan serta rakyat Malaysia bagi menghadiri majlis penghormatan terakhir itu.

Khamenei, 86, terkorban di kediamannya di Tehran pada 28 Februari lalu akibat serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Majlis itu dijadual berlangsung selama enam hari bermula 4 Julai ini dengan perarakan jenazah di Tehran dan Qom sebelum Khamenei disemadikan di Makam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button