BERITA SEMASADALAM NEGERI

Maritim Malaysia perkukuh kerjasama keselamatan perairan Sarawak

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan kunjungan ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa, di sini, semalam.

Delegasi Maritim Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, barisan kepimpinan tertinggi dan pegawai kanan agensi itu.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu berkaitan keselamatan maritim, penguatkuasaan undang-undang di perairan Sarawak serta usaha meningkatkan keupayaan operasi maritim turut dibincangkan.

Tujuan itu adalah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama keselamatan perairan Sarawak, juga sebagai lambang hubungan strategik antara kerajaan negeri dan Maritim Malaysia.

Abang Johari menegaskan, komitmen kerajaan negeri dalam menyokong usaha Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negeri sentiasa terjamin dan terpelihara daripada ancaman jenayah rentas sempadan.

Beliau turut menghargai komitmen Maritim Malaysia dan berharap kerjasama itu dapat terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif serta program bersama pada masa akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button