POLITIK

Akar umbi perlu faham kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Kerjasama UMNO dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang perlu difahami di seluruh peringkat akar umbi bagi mengelak salah faham yang akhirnya merugikan parti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Justeru, beliau menyeru jentera UMNO bersama-sama menyampaikan penerangan yang tepat kepada semua ahli mengenai kesepakatan itu.

Beliau berkata, kerjasama dalam kerajaan Pakatan Harapan harus dilihat sebagai satu langkah atau pendirian UMNO untuk memastikan asas-asas Perlembagaan parti seperti agama, bangsa dan institusi di raja terus terpelihara. 

“Jadi kita kena beritahu bahawa kita bekerjasama dengan PH,” katanya ketika diminta mengulas tentang Taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mohd Shakar berkata, di dalam ucapan taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan perwakilan supaya tidak berasa selesa atas keutuhan parti itu di masa yang lalu sebaliknya menyedari kepentingan kerjasama antara UMNO dengan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak ada makna untuk kita berasa kuat tetapi keberhasilannya kurang. Kita tidak lagi dominan untuk PRN di enam negeri kali ini,’’ kata Ahmad Zahid.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button