BERITA SEMASA

Nik Nazmi turut umum letak jawatan sebagai menteri

PUTRAJAYA – Seorang lagi menteri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri, sebentar tadi.

Terbaharu, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengumumkan peletakan jawatan beliau, berkuat kuasa 4 Julai.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, surat peletakan jawatannya sudah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, lantikannya sebagai Menteri adalah berdasarkan kedudukannya di dalam PKR iaitu sebagai Naib Presiden.

“Memandangkan saya telah gagal mempertahankan jawatan parti dalam pemilihan baru-baru ini, saya telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, bekas Timbalan PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Ekonomi.

Kedua-dua mereka sebelum ini gagal mempertahankan jawatan mereka dalam parti sewakti Pemilihan Parti yang berlangsung minggu lepas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button