BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

KGFB umum dividen 8 peratus, lancar penjenamaan baharu

KUALA LUMPUR – Koperasi Generasi FELDA Baru Berhad (KGFB) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak lapan peratus kepada seluruh ahli bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Pengerusi KGFB, Izham Mustaffa berkata, jumlah agihan dividen tersebut melibatkan nilai keseluruhan RM55,662,381 kepada 26,422 anggota koperasi itu.

Selain itu, KGFB yang dahulunya dikenali sebagai Koperasi Permodalan FELDA Malaysia 2 Berhad (KPF2)  turut mengumumkan pemberian hibah atas akaun dividen sebanyak 1.5 peratus bernilai RM217,307.

“Walaupun 2024 merupakan tahun yang penuh cabaran, KGFB berjaya mencatatkan pencapaian lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan hasil perolehan sebanyak RM81.3 juta.

“Pencapaian itu adalah peningkatan sebanyak RM1.2 juta berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-13 KGFB di sini hari ini.


Ahmad Shabery bersama Izham Mustaffa (kiri) dan Siti Azlin Ahmad Dauta melancarkan perasmian logo baharu KGFB di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Siti Azlin Ahmad Dauta; Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Fadilah Salim dan Pengurus Besar KGFB, Norfazilah Dahari.

Izham berkata, fokus utama KGFB pada tahun ini akan tertumpu kepada perniagaan-perniagaan yang mempunyai potensi keberhasilan termasuk sektor kesihatan.

Izham turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan padu kepada KGFB dalam memastikan koperasi kekal kukuh dan berkembang.

Pada majlis sama, KGFB turut melancarkan nama dan logo baharu yang disempurnakan oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Penjenamaan semula ini dijangka mampu memberikan impak positif kepada ahli koperasi serta seluruh komuniti FELDA.

Penjenamaan semula KGFB mencerminkan komitmen koperasi itu untuk terus memperkasa generasi baru FELDA melalui peluang ekonomi yang lebih dinamik dan mampan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button