BERITA SEMASA

Idris Jusoh umum undur diri sebagai Pengerusi Felda

CYBERJAYA – Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan pengunduran diri beliau sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini.

Kata Idris, keputusan itu dibuat susulan keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Saya telah menerima keputusan dari pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan Pengerusi Felda berkuatkuasa pada 30 Jun.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai,” kata Idris dalam satu hantaran di laman Facebook milik beliau, sebentar tadi.

Untuk rekod, Idris dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Mei 2020 dan kontrak tersebut hanya akan berakhir pada Mei tahun depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button