FELDA kuasai lebih 90 peratus saham FGV
KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini secara rasmi memiliki lebih 90 peratus saham dalam FGV Holdings Berhad (FGV) selepas berjaya dalam proses Tawaran Pengambilalihan Sukarela (VTO) yang sedang berjalan.
FELDA dalam kenyataannya berkata, pengambilalihan itu menandakan kejayaan besar ke arah memperkukuh kedudukan kumpulan tersebut dalam sektor perladangan dan pembangunan tanah.
“Tawaran ini masih dibuka untuk penerimaan sehingga jam 5 petang pada 15 Ogos 2025. FELDA menggalakkan semua pemegang saham yang belum menerima tawaran supaya berbuat demikian sebelum tempoh tamat,” katanya lagi.
Menurut FELDA, kejayaan memiliki majoriti saham FGV selari dengan aspirasi dan pelaksanaan Pelan Strategik serta Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025–2030.
“Ia bukan sahaja membuka ruang untuk menjadikan Kumpulan FELDA lebih mampan dan berfokus, malah diyakini mampu meningkatkan daya saing serta memberi jaminan pulangan jangka panjang kepada warga peneroka dan semua pemegang taruh,” katanya lagi.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Komunikasi Strategik FELDA di talian 03-8744 4017, 03-8744 4195 atau 03-8744 4049.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















