
BERITA SEMASA
Masih terlalu awal tentukan punca kebakaran – KP Bomba
SUBANG JAYA – Punca kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dekat sini masih terlalu awal untuk dipastikan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, buat masa ini, pihaknya menumpukan usaha bagi mengawal kebakaran akibat kebocoran tersebut.
“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.
“Siasatan akan dijalankan oleh semua agensi berkaitan yang diketuai oleh pihak Polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar berdekatan lokasi kejadian, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








