BERITA SEMASA

Kebakaran kecil di dapur restoran mamak punca asap tebal di Midvalley

KUALA LUMPUR – Insiden panik akibat kemunculan asap tebal dan bunyi penggera keselamatan di pusat beli-belah Mid Valley malam tadi, berpunca daripada kebakaran kecil disebabkan aktiviti memasak di ruangan dapur restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar di situ.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian NG999 pada pukul 8.49 malam dan seramai 25 anggota serta sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Jalan Hang Tuah digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Azizan Albar berkata, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan sistem ‘sprinkler’ (pemercik air) dan pekerja restoran menggunakan alat pemadam api jenis debu kering.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran tidak melibatkan mangsa. Operasi tamat sepenuhnya pukul 10.23 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media semalam menyebut, pengunjung pusat beli-belah berkenaan dikejutkan dengan kepulan asap yang muncul secara tiba-tiba disertai bunyi penggera kebakaran.

Video dan gambar kejadian di lokasi kejadian turut dikongsi pengguna media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button