PRN Sabah: Penentuan kerusi keputusan bahagian, Presiden UMNO
KOTA KINABALU – Penentuan kerusi yang ditandingi UMNO Bahagian Tuaran dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang adalah keputusan bahagian itu serta Presiden UMNO.
Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan, keputusan yang akan dibuat juga bukan keputusan sembarangan oleh seorang individu tanpa ada perbincangan dengan UMNO Bahagian Tuaran.
“Autonomi bukan bermakna satu orang saja membuat keputusan.
“Kalau seorang saja siok-siok (sia-sia) membuat keputusan, itu bukan autonomi, itu autokrasi. Jadilah demokrat, bukan autokrat,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Difahamkan, hantaran Abdul Rahman itu merujuk kepada kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum ini yang mahu Abdul Rahman bertanding salah satu daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tuaran dalam PRN Sabah nanti.
Kenyataan Bung Moktar itu susulan laporan portal Daily Express, Selasa lalu yang memetik kenyataan Abdul Rahman yang membayangkan beliau sedia memberi laluan sekiranya tidak tercalon dalam PRN nanti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








