BERITA SEMASAPOLITIK

BN tampil wajah baharu, 95 peratus persiapan PRN Sabah siap – Zahid

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) dijangka menampilkan hampir 80 peratus muka baharu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persiapan gabungan itu kini hampir selesai dengan lebih 95 peratus urusan pemilihan calon dan kerusi telah dimuktamadkan.

“Saya rasa hampir 95 peratus sudah siap. BN akan bertanding di 48 kawasan,” katanya selepas merasmikan Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai kesiapsiagaan BN menghadapi PRN Sabah yang bakal diadakan pada 29 November ini.

Menurut beliau, pengumuman rasmi mengenai perkara itu dijangka dibuat minggu hadapan sebaik sahaja beliau berlepas ke Kota Kinabalu.

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata, segala persiapan di peringkat parti telah disusun dengan rapi dan hanya menunggu masa untuk mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding.

Terdahulu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum ini dilaporkan berkata, BN Sabah mungkin akan mengurangkan jumlah kerusi yang mahu ditandingi, berbanding sasaran awal sebanyak 48 kerusi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button