Tempoh reman lelaki ugut Harith Iskander disambung
KUALA LUMPUR – Tempoh reman lelaki yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan kepada pelawak, Harith Iskander dan keluarga baru-baru ini, disambung selama empat hari lagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tempoh reman itu disambung bagi pihaknya melengkapkan siasatan ke atas suspek berusia 31 tahun itu.
“Suspek sudah disambung reman hari ini sehingga 31 Januari ini (Jumaat).
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya kepada portal HM Online, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, lelaki itu ditahan Sabtu lalu.
Berikutan ugutan itu, Harith membatalkan persembahan komedi berdiri DFP Punchline: Harith Iskander 35 Year of Laughter yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, 25 Januari lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






