BERITA SEMASASUKAN

Sepakan ‘gunting’ Garnacho raih Anugerah Puskas 2024

DOHA – Pemain sayap kanan Manchester United, Alejandro Garnacho berjaya merangkul Anugerah Puskas FIFA menerusi sepakan ‘gunting’ atau ‘bicycle kick’ ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Pengumuman itu dibuat semasa Majlis Anugerah Terbaik FIFA 2024 yang berlangsung di Aspire Academy, Doha, Qatar pada awal pagi tadi.

“Ia adalah jaringan istimewa yang akan saya ingat selamanya. Terima kasih atas sokongan anda,” kata pemain antarabangsa Argentina itu menerusi mesej video.

Garnacho mencatat jaringan bersejarah itu pada 26 November tahun lalu ketika perlawanan di Goodison Park, yang hadir seawal minit ketiga perlawanan, sekali gus menyaksikan United menang 3-0.

Beliau menjadi pemain kedua dari Manchester United yang memenangi Anugerah Puskas sejak ia diperkenalkan pada 2009 sebelum ia menjadi sebahagian daripada Anugerah Terbaik FIFA.

Cristiano Ronaldo, ketika itu bermain untuk United, memenangi Anugerah Puskas pertama melalui rembatan jauhnya ketika menentang Porto dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button