PMX

PM Anwar selamat tiba di Bangladesh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Dhaka, Bangladesh, selepas menghabiskan lawatan kerja selama tiga hari di Pakistan.

Perdana Menteri berkata, ketibaan beliau disambut Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh TYT Profesor Dr Muhammad Yunus.

“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Dhaka, Bangladesh usai di Islamabad, Pakistan.

“Saya disambut sahabat baik saya Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh TYT Profesor Dr Muhammad Yunus,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut dijadual mengadakan beberapa mesyuarat serta perbincangan yang menjadi kepentingan bersama Malaysia-Bangladesh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button