BERITA SEMASA

Lelaki dipercayai pesakit psikiatri sesat akibat merajuk

ALOR GAJAH – Akibat merajuk, seorang lelaki dipercayai pesakit psikiatri tersesat hampir dua jam jam di dalam hutan berhampiran rumahnya di Taman Belimbing Harmoni, di sini malam tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun itu dimarahi oleh abangnya menyebabkannya ketakutan lalu merajuk dan kemudiannya lari ke dalam hutan setelah dikejar.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Mohamad Hamizan Mohd Husin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.06 malam tadi.

Katanya, lapan anggota bomba termasuk tiga dari Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) kemudian bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, pasukan keluaran operasi (PKO) menjalankan operasi SAR sebelum menemui mangsa dalam keadaan ketakutan di kawasan curam di hutan berkenaan dalam masa 35 minit.

“Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari hutan berkenaan sebelum diperiksa oleh anggota EMRS dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serta dihantar ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button