JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar UM dilapor hilang masih belum ditemui

PETALING JAYA – Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu masih belum ditemui setakat ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan keberadaan pelajar berkenaan, Nawal Shahirah Mohd Jamil termasuk meneliti semua petunjuk.

“(Mangsa) belum balik lagi dan kita siasat semua sudut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pelajar wanita berusia 23 tahun itu dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir dilihat di sebuah kondominium di Seksyen 14, di sini Selasa lalu.

Pelajar terbabit dikenal pasti sebagai Nawal Shahirah, 23, yang merupakan pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di UM.

Difahamkan, mangsa dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho, Petaling Jaya, pada malam Selasa, 27 Januari lalu.

Selain itu, peranti telefon bimbit dan iPad milik mangsa turut dikesan aktif buat kali terakhir pada malam yang sama sebelum terputus sepenuhnya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button