Jenayah & Mahkamah

2 wanita berusia 54, 60 tahun mengaku bersalah terlibat aktiviti penyundalan

MUAR – Dua wanita dengan seorang daripadanya berstatus warga emas didenda RM1,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan, Khamis lalu.

Tertuduh, Chiew Kim Choi, 54, dan Chew Poh Meng, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah bilik rumah kedai, Jalan Sinar Bakri, Bakri, di sini, jam 5.15 petang, 22 Ogos lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 seorang dan mengarahkan kedua-duanya dipenjara dua bulan jika gagal membayar dendanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button