
Lelaki maut, wanita dan bayi parah dalam kemalangan melibatkan 2 buah kereta
ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut manakala seorang wanita dan bayinya cedera parah dalam satu kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) – Rembia di sini, lewat petang semalam.
Mangsa yang memandu Perodua Bezza, Mohammad Ariffin Abdullah Thani, 33, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.07 malam tadi ketika dirawat di Hospital Alor Gajah akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, wanita yang memandu Proton Saga dan bayi perempuan berusia tujuh bulan pula kini dirawat di zon merah Hospital Melaka.
“Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penumpang Proton Saga iaitu wanita berusia 24 tahun cedera pada beberapa anggota badan dan dirawat di zon kuning hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukul 7.07 malam.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza dari arah Melaka menghala Alor Gajah bertembung dengan Proton Saga dari arah bertentangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







