BERITA SEMASA

Noir umum bakal sumbang 1000 pasang baju raya sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn. Bhd., mengumumkan akan menyumbang 1000 pasang pakaian Sabella bagi golongan yang memerlukan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Hasrat tersebut diluahkan sendiri oleh Pengasas Noir, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu ketika beliau mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Saya lihat ramai yang masih belum membuat persiapan raya dan ada yang tidak mampu membeli pakaian baru.

“Dengan itu, saya berbesar hati untuk menyumbangkan 1000 pasang baju Sabella kepada para wanita yang benar-benar memerlukan” katanya menerusi video yang dikongsikan di laman sosial rasmi Noir.

Menurut Eriyca, penyerahan 1000 pasang baju Sabella tersebut akan diadakan di ibu pejabat Sabella, Gombak pada 30 Mac ini jam 10 pagi.

“Saya berharap kepada yang memerlukan untuk hadir sendiri di Sabella Gombak tetapi sebelum itu saya mohon maaf jika ada yang minta untuk diposkan, pihak kami tidak dapat penuhi kerana risau pakaian ini tidak sampai tepat waktunya” ujarnya.

Mengulas lanjut, Eriyca berkata, beliau akan hadir ke Sabella cawangan Gombak pada hari ini bagi melihat sendiri koleksi baju yang akan disumbangkan nanti.

“Niat murni ni bertujuan bagi menceriakan golongan kurang berkemampuan meraikan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button