
Sarjit Singh dinamakan ketua jurulatih Speedy Tigers
BUKIT JALIL – Bekas pemain kebangsaan, Sarjit Singh hari ini dinamakan sebagai ketua jurulatih hoki lelaki negara yang baharu.
Pengumuman tersebut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama pertubuhan itu, di sini.
Pelantikan itu adalah bagi menggantikan jurulatih sebelum ini, Arul Selvaraj yang tamat kontrak pada Januari lalu.
Kata Subhan, keputusan sebulat suara itu dicapai setelah meneliti beberapa perkara melibatkan jurulatih asing dan tempatan selain keperluan para pemain.
“Setiap ahli jawatankuasa memberi pandangan dan akhirnya kami memilih Sarjit.
“Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan, pernah menjadi kapten dan memiliki banyak pengalaman. Kami memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Sarjit untuk memastikan skuad hoki negara meraih lebih banyak kejayaan,” katanya.
Selain Sarjit, tiga calon lain yang disenarai pendek adalah bekas pengendali kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah serta dua calon dari luar negara, Brendan Caralon dari Afrika Selatan serta Glenn Turner dari Australia.
Untuk rekod, Sarjit merupakan jurulatih pasukan hoki Johor dan pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
Sarjit kini berdepan tugasan untuk memburu pingat emas Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun yang akan melayakkan Malaysia ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 secara automatik.
Cabaran pertama jurulatih baharu ini adalah menyediakan skuad terbaik bagi mengharungi Piala Sultan Azlan Shah 2024 pada Mei depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








