BERITA SEMASASUKAN

KHM dijangka umum ketua jurulatih baharu hari ini

CYBERJAYA – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dijangka akan mengumumkan ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan yang baharu, hari ini.

Empat calon yang telah disenarai pendek KHM untuk menggalas tugas tersebut adalah bekas pengendali kebangsaan iaitu Muhammad Dharma Raj Abdullah dan Sarjit Singh selain dua calon dari luar negara, Brendan Caralon dari Afrika Selatan serta Glenn Turner dari Australia.

Difahamkan, kesemua calon sudah melalui proses temu duga pada petang Selasa lepas.

Cabaran pertama jurulatih baharu itu ialah menyediakan skuad bagi mengharungi Piala Sultan Azlan Shah 2024 pada Mei depan.

Menurut penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli, siapa pun jurulatih yang dipilih perlu berupaya membawa Speedy Tigers pergi jauh dan kembali digeruni di pentas antarabangsa.

Beliau berkata, ia bukan sekadar mengisi kekosongan, sebaliknya perlu berwibawa mengubah landskap sukan tersebut, terbuka, tidak terpengaruh dengan persekitaran dan berani membuat perubahan drastik.

“Dua calon tempatan adalah kitar semula kerana mereka pernah menjadi jurulatih kebangsaan. Saya tiada masalah sama ada Sarjit atau Dharma Raj, namun apa yang penting mereka perlu lihat ke hadapan dan apa keperluan pasukan,” kata Pekan.

“Apa yang penting, siapa pun jurulatih perlu lihat kemampuan untuk pergi jauh. Bukan sekadar pada Sukan SEA dan peringkat Asia, tapi Piala Dunia dan Sukan Olimpik,” tambah beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button