Russell Brand didapati bersalah rogol, tiga serangan seksual
LONDON – Pelawak dan pelakon Britain, Russell Brand, berdepan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan serangan seksual, semalam.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membicarakan tujuh pertuduhan terhadap Brand, 51, membabitkan dakwaan tiga kes rogol, tiga serangan seksual serta satu cubaan melakukan serangan tidak senonoh yang berlaku antara 1999 hingga 2009.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, Hakim Justice Bennathan memberi amaran bahawa pelakon itu berkemungkinan berdepan hukuman penjara untuk tempoh yang agak panjang susulan keputusan berkenaan.
“Duduk, Encik Brand,” kata hakim itu ketika keputusan bersalah diumumkan.
Beliau turut memaklumkan bahawa hukuman pemenjaraan dijangka dikenakan selepas mengambil kira keputusan bersalah bagi sekurang-kurangnya pertuduhan keenam.
“Memandangkan keputusan bersalah bagi sekurang-kurang pertuduhan keenam, jelas bahawa hukuman pemenjaraan untuk tempoh agak panjang akan dikenakan,” katanya.
Mahkamah turut menetapkan prosiding bagi menentukan hukuman terhadap Brand berlangsung Isnin depan.
Hakim Bennathan menyifatkan kes berkenaan sebagai kes yang disediakan dengan sangat rapi.
Dalam perkembangan sama, enam wanita yang terbabit dalam kes itu diberikan perlindungan kerahsiaan identiti sepanjang hayat bagi mengelakkan identiti mereka didedahkan kepada umum.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














