Aaron-Roy King mara pusingan kedua Terbuka Hylo
KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2026 selepas menewaskan beregu tuan rumah pada pusingan pertama di Saarlandhalle, Saarbrucken, Jerman.
Pasangan ranking ke-74 dunia itu hanya mengambil masa 28 minit untuk mengatasi Malik Borakkadi-Kenneth Neumann yang berada di ranking ke-63 dunia, 21-11, 21-12.
Kemenangan itu hadir selepas Aaron-Roy King menjuarai kejohanan Super 500 Terbuka Artik di Vantaa, Finland, tiga minggu lalu.
Gelaran berkenaan merupakan kejuaraan pertama mereka sejak digandingkan semula susulan rombakan oleh jurulatih beregu lelaki negara, Herri Iman Pierngadi.
Pasangan negara itu kini beraksi dalam kejohanan Eropah keempat berturut-turut selepas turut menyertai Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, namun terkandas pada pusingan kedua dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.
Aaron-Roy King dijadual menentang sama ada pilihan utama dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, atau beregu England, Alex Green-Zach Russ, pada pusingan kedua, esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








