BERITA SEMASA

Zahid ziarah bekas pelajar Imtiaz Melaka, titip doa buat Ahmad Danial

BANGI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi bekas pelajar kumpulan pertama Imtiaz Melaka yang kini dirawat di Hospital Pakar An-Nur Bangi, di sini hari ini, akibat kemalangan pada 2022.

Menerusi hantaran video di Facebook, Zahid berkongsi rasa sebak melihat keadaan Ahmad Danial Ahmad Daud yang mengalami kecederaan saraf tunjang pada aras C4 dan kini bergantung kepada bantuan pernafasan.

Beliau turut tersentuh melihat ketabahan ibu bapa Danial yang terus setia menjaga dan menemani anak mereka, selain tidak pernah putus berharap serta berdoa untuk kesembuhannya.

“Sayu hati saya melihat keadaan Danial. Lebih-lebih lagi apabila melihat ibu bapanya yang terus setia berada di sisi, menjaga, menemani dan tidak pernah berhenti berharap serta berdoa untuk kesembuhan anak mereka,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Zahid menziarahi Danial bagi menyampaikan sokongan moral kepada anak muda itu serta keluarganya yang berdepan ujian berkenaan.

Menerusi video sama, beliau turut menitipkan pesanan kepada Danial supaya membaca Bismillah lima di dalam hati.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Danial, mempermudahkan segala urusan rawatan dan memberikan kekuatan yang berterusan kepada seluruh ahli keluarganya.

“Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab kepada kesembuhan. Insya-Allah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button