BERITA SEMASA

Dua PPS dibuka di Gerik susulan banjir sejak semalam

GERIK – Banjir yang berlaku di beberapa kawasan di sini semalam menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Hulu Perak bagi menempatkan 120 mangsa yang terjejas.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, dua PPS berkenaan ialah PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II dan SMK Gerik.

“PPS SMK Sultan Idris Shah II menempatkan 24 orang mangsa dari lima buah keluarga dengan kesemua mereka berasal dari Kampung Air Panas.

“Sementara itu PPS SMK Gerik menempatkan 96 mangsa (31 keluarga) dari Kampung Padang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Perak mencecah 157 orang melibatkan 50 buah keluarga.

Baki 14 mangsa dari 37 buah keluarga itu merupakan mangsa ribut dari Matang yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Matang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button