BERITA SEMASA

Amirudin arah MBDK siasat dakwaan ubah suai Mamak HQ ceroboh rizab jalan

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyemak dakwaan pengubahsuaian bangunan Mamak HQ di Klang Central yang didakwa memasuki rizab jalan dan menghalang lalu lintas.

threads
Foto-Threads

Beliau berkata, MBDK perlu menjalankan pemeriksaan bagi meneliti dakwaan pengubahsuaian premis berkenaan turut menggunakan petak parkir tanpa kebenaran.

“Jika didapati berlaku pelanggaran syarat atau pembinaan tanpa kelulusan, tindakan penguatkuasaan perlu diambil tanpa pilih kasih mengikut undang-undang.

threads
Foto Threads

“Mohon MBDK memberikan maklum balas selepas pemeriksaan,” katanya menerusi hantaran di Threads hari ini.

Kenyataan itu menyusul aduan seorang pengguna Threads, spy_monstercookies yang mendakwa pengubahsuaian bangunan premis berkenaan dilakukan sehingga memasuki rizab jalan, menghalang lalu lintas dan mengambil lot parkir.

Pengguna itu turut mempersoalkan sama ada pengubahsuaian berkenaan mempunyai kelulusan pihak berkuasa tempatan, selain menggesa MBDK mengambil tindakan segera termasuk mengeluarkan saman dan merobohkan struktur yang didakwa melanggar peraturan.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung pelanggaran peraturan dan ketiadaan kelulusan itu masih memerlukan pengesahan pihak berkuasa. MBDK diminta menjalankan pemeriksaan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan ditentukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button