MB Selangor jawab terus di Thread, jelas SOP tindakan jika IPU capai paras kritikal
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memberi respons secara langsung menerusi platform Threads berhubung cadangan supaya cuti peristiwa diisytiharkan susulan keadaan jerebu.
Beliau menjelaskan, tindakan kerajaan berkaitan jerebu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut Amirudin, sekolah akan ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.
“Ada SOP MKN – kalau IPU cecah 200 sekolah ditutup, jika telah sampai bacaan 300, dapatkan perkenan YDPA untuk darurat,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada pengguna Threads, @ronasraff yang mencadangkan supaya syarikat mengisytiharkan cuti kepada pekerja susulan jerebu.
Pengguna berkenaan turut mendakwa Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan cuti peristiwa sekiranya keadaan jerebu semakin serius.
Respons Amirudin itu kemudian mendapat reaksi positif daripada pengguna berkenaan yang mengucapkan terima kasih atas penjelasan beliau.
“Thanks for respon YB MB,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








