BERITA SEMASA

Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi harap ekonomi kreatif diberi pertimbangan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi berharap beberapa cadangan berkaitan pembangunan ekonomi kreatif dapat dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata antara perkara yang diketengahkan kementeriannya ialah usaha memperkukuh sektor ekonomi jingga atau ekonomi kreatif, selain program di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan jabatan berkaitan.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini sudah menubuhkan Majlis Ekonomi Jingga bagi meneliti pembangunan industri kreatif merangkumi bidang filem, animasi, muzik serta seni dan budaya.

“Memandangkan kita telah membentuk Majlis Ekonomi Jingga yang akan meneliti pembangunan ekonomi kreatif yang menyentuh filem, animasi, muzik dan juga seni dan budaya.

“Jadi memang bagi pihak Kementerian Komunikasi, ada beberapa perkara yang kita ketengahkan dan kita harap dapat diberi pertimbangan oleh Kementerian Kewangan,” katanya memetik laporan BH Online.

Terdahulu beliau menyempurnakan Persidangan Wacana Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13): Hala Tuju dan Cabaran anjuran Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini dan merupakan Belanjawan MADANI kelima, dengan tumpuan meneruskan agenda Kerangka Ekonomi MADANI.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button