BERITA SEMASABISNES & EKONOMIKEMENTERIAN KOMUNIKASI

CEMI inisiatif strategik perkasa industri kreatif, tarik acara global ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Industri kreatif dan acara negara bakal menerima suntikan baharu menerusi pelancaran Concerts and Events Malaysia Incentive (CEMI) oleh MyCreative Ventures sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MyCreative Ventures Sdn. Bhd., inisiatif CEMI bertujuan merancakkan pertumbuhan industri konsert dan acara tempatan, di samping menarik lebih banyak penganjuran bertaraf global ke Malaysia.

“Melalui CEMI, kita bukan sahaja membuka ruang kepada lebih banyak penganjuran acara berimpak tinggi, malah turut mengangkat bakat serta kandungan tempatan ke pentas antarabangsa.

“Permohonan program dibuka dari 15 Mei hingga 10 Julai 2025, menyasarkan penganjuran konsert dan acara antarabangsa yang memberi impak ekonomi, sosial dan pelancongan kepada negara.

“Insentif ini bukan sahaja mampu merangsang industri hiburan dan acara tanah air, malah turut berpotensi menjana peluang pekerjaan serta meningkatkan kedatangan pelancong ke negara ini,” menurut kenyataan tersebut.

Antara kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh penganjur bagi melayakkan permohonan ialah skala acara, impak ekonomi, peningkatan kadar pelancongan, penglibatan kandungan tempatan serta pematuhan terhadap garis panduan program yang ditetapkan.

Maklumat lanjut termasuk panduan dan syarat permohonan boleh didapati di laman rasmi MyCreative di www.mycreativeventures.com.my/CEMI.

Pelancaran CEMI selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi hab acara antarabangsa, di samping menyokong agenda pemerkasaan industri kreatif negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button