PM arah isu berbangkit BUDI95 diselesaikan segera
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya semua isu berbangkit mengenai program Budi Madani RON95 (BUDI95) diselesaikan segera.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, antara isu tersebut termasuk agihan kuota khas BUDI95 bagi pemandu e-hailing, P-hailing, pemandu teksi, pengusaha bot nelayan di Sabah dan Sarawak serta pemegang lesen memandu Singapura.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, bagi rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu Singapura, kerajaan sedang membangunkan mekanisme khas supaya mereka juga boleh menikmati subsidi itu.
“Pada mesyuarat sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mahu supaya kuota khas BUDI95 diberikan juga kepada pemandu teksi selain pemandu e-hailing dan P-hailing.
“Saya dimaklumkan, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah akan mengeluarkan kenyataan berkenaan status terkini program BUDI95 petang ini,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








