Serian satu-satunya kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di kawasan itu direkodkan pada paras 152.
Pada masa sama, sebanyak 59 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan lagi merekodkan bacaan pada tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 sebagai berbahaya.
Data APIMS menunjukkan Serian merupakan satu-satunya kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat tempoh berkenaan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status kualiti udara melalui portal APIMS yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








