Pemandu jengkaut maut lemas dalam Tasik Bera
BERA – Seorang pemandu jengkaut berusia 26 tahun maut selepas kenderaan berat yang dioperasikan terbalik dan terjunam ke dalam Tasik Bera, di sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.
Mangsa ditemukan anggota bomba kira-kira dua jam selepas operasi menyelamat dijalankan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tasik berkenaan.
Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Anggota membuat pencarian menggunakan bot RAMSAR di sekitar kawasan jengkaut yang terbalik sebelum bertindak membuka pintu jengkaut dan berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 4.10 petang.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Salahuddin berkata, seorang lagi rakan mangsa berusia 28 tahun terselamat dalam kejadian itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








