Penemuan sembilan mayat wanita wanita cetus kebimbangan pembunuhan bersiri
JOHANNESBURG – Penemuan mayat wanita ke sembilan dalam tempoh dua bulan terus mencetuskan kebimbangan penduduk di kawasan Ekurhuleni, timur Johannesburg terhadap kemungkinan kes berkenaan dilakukan oleh pembunuh bersiri.
Mayat terbaharu itu ditemukan polis semalam di Dwan Park dalam keadaan bogel dan kesan tikaman, sama seperti mangsa-mangsa ditemukan sebelum ini.
Kesemua mangsa merupakan wanita berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an
Bagaimanapun, polis belum dapat mengesahkan bahawa kesemua pembunuhan melibatkan wanita muda berusia antara 20 hingga 30-an itu mempunyai kaitan.

Pesuruhjaya polis wilayah Gauteng, Fred Kekana berkata, pihaknya sedang membandingkan bukti, tempoh kejadian, lokasi, profil mangsa dan keadaan setiap kes, termasuk kemungkinan ia dilakukan oleh lebih daripada seorang suspek atau secara berasingan.
“Siasatan kini dipergiatkan selepas tiga mayat ditemukan dalam tempoh beberapa hari minggu ini, manakala polis turut meningkatkan kehadiran anggota di kawasan terbabit,” katanya memetik laporan berita antarabangsa.
Presiden Cyril Ramaphosa mengarahkan siasatan menyeluruh, sementara orang awam diminta menyalurkan maklumat berkaitan kes berkenaan kepada pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








