BERITA SEMASALUAR NEGARA

Jumlah pembunuhan besar di AS turun mendadak tahun ini

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah pembunuhan besar (mass killings) terendah dalam tempoh dua dekad pada tahun ini berdasarkan pangkalan data yang diselenggara Associated Press (AP), USA Today dan Northeastern University.

Setakat ini, hanya 17 insiden pembunuhan besar direkodkan di seluruh negara itu menjadikan penurunan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Angka itu jauh lebih rendah berbanding puncak pada 2019 yang mencatat 41 kes, iaitu penurunan hampir 60 peratus.

Menurut laporan Al Jazeera, penurunan drastik itu bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai petunjuk kukuh bahawa Amerika memasuki fasa lebih selamat, sebaliknya disifatkan pakar sebagai “regression to the mean” iaitu fenomena statistik yang menunjukkan angka ekstrem lazimnya akan kembali ke paras purata selepas tempoh tertentu.

Pangkalan data tersebut mendefinisikan pembunuhan besar sebagai kejadian yang mengorbankan empat atau lebih mangsa dalam tempoh 24 jam.

Walaupun angka 2025 melihatkan perkembangan yang baik, penyelidik menegaskan bahawa keganasan bersenjata masih merupakan ancaman besar di Amerika.

Banyak kejadian tembakan massa yang berpotensi mengorbankan ramai dilaporkan berjaya dikawal atau dikurangkan melalui tindak balas kecemasan yang lebih pantas dan kemajuan rawatan trauma.

Pakar juga berpendapat bahawa beberapa dasar pencegahan keganasan, program intervensi terhadap kumpulan berisiko dan pengawasan yang lebih ketat mungkin turut menyumbang kepada pengurangan sebahagian insiden serius tahun ini.

Meskipun demikian, penyelidik mengingatkan bahawa setahun dengan angka rendah tidak boleh dijadikan asas untuk merumuskan trend baharu.

Pemerhatian terhadap data pada tahun-tahun mendatang diperlukan untuk menentukan sama ada penurunan ini bersifat sementara atau mencerminkan perubahan jangka panjang dalam corak keganasan di Amerika Syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button