98 peratus jenayah seksual di Perlis libatkan hubungan sukarela antara pelaku dengan mangsa bawah umur
ARAU – Sebanyak 98 peratus kes jenayah seksual yang direkodkan di negeri ini melibatkan hubungan suka sama suka antara pelaku dan mangsa bawah umur.
Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, trend itu amat membimbangkan kerana majoriti mangsa merupakan remaja perempuan berusia antara 12 hingga 16 tahun, lapor Kosmo.
“Paling menyedihkan apabila ada murid perempuan yang bukan sahaja menjadi mangsa jenayah seksual, malah hamil dan melahirkan anak dalam usia terlalu muda.
“Antara punca utama berlakunya jenayah seksual ini ialah penyalahgunaan media sosial seperti WhatsApp, TikTok, Twitter, Telegram dan Facebook,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Crime Awareness Day peringkat negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein, di sini semalam.
Golongan remaja, katanya, menggunakan media sosial untuk mencari pasangan dan menjalin hubungan cinta yang akhirnya membawa kepada hubungan seksual dan jenayah lain.
“Kes-kes seperti rogol, cabul, liwat, sumbang mahram, pornografi kanak-kanak serta jenayah seksual siber di negeri ini semakin meningkat.
“Statistik menunjukkan peningkatan 31 peratus kes jenayah seksual di Perlis apabila sebanyak 51 kes direkodkan pada tahun 2024 berbanding 39 kes pada tahun sebelumnya,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








