BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kakitangan awam negeri termasuk kontrak di Perlis terima bantuan khas RM500

KANGAR – Kerajaan Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam negeri, termasuk kakitangan kontrak bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, berkata bantuan itu akan dibayar bulan depan.

“Kerajaan negeri berharap penjawat awam dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan serta kualiti kerja selaras penambahbaikan diterima demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memperkukuh tadbir urus kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perlis 2026 bertemakan ‘Perlisku Bestari, Rakyat Sejahtera’ pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kompleks Seri Putra di sini.

Sementara itu, Shukri berkata, penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri itu melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Fasa 2 akan berkuat kuasa bulan depan membabitkan penambahan sebanyak RM3.28 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button