
BERITA SEMASA
BUDI MADANI Diesel: Kerajaan mula salur bantuan tunai RM400 hari ini
PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini memulakan penyaluran bantuan tunai di bawah program BUDI MADANI Diesel bagi pemohon yang telah mendaftar dalam tempoh 1 hingga 31 Mei 2026.
Menurut hebahan rasmi Kementerian Kewangan menerusi akaun Facebook rasminya, penerima yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM400.
Jumlah bantuan tersebut merupakan gabungan daripada RM200 bantuan sedia ada dan RM200 bantuan tambahan interim.
Inisiatif itu dilaksanakan sebagai langkah proaktif kerajaan dalam usaha meringankan beban kewangan rakyat susulan pelarasan harga bahan api yang dipengaruhi oleh situasi pasaran global.
Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak akaun masing-masing bagi memastikan penerimaan bantuan tersebut berjalan lancar.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








